Yang hidup wajib mengalami proses kelahiran. Namun, jangan alpa akan tugas kita dilahirkan di atas muka bumi ini. Segala yang berlaku pastinya bersebab, begitu juga dengan kelahiran. Pasti bersebab mengapa kita dilahirkan ke atas muka bumi ini iaitu untuk menegakkan syiar Islam. Harus diingat bahwa dunia hanya sementara. Dunia hanya persinggahan sebelum kita melangkah ke alam yang kekal di sana nanti. Pastikan kita sentiasa mengingat bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar, mengetahui segala apa yang kita kerjakan. Bersyukurlah kita diberi kesempatan untuk merasa nikmat dunia. Mengapa kita diberi kesempatan itu? Ya, kerana Allah nak kan kita bersyukur akan nikmat yang Dia kurniakan. Namun, sedar tak kita sering kali mengeluh dengan dugaanNya? Telah berlimpah nikmat yang Allah kurniakan, tetapi hanya dengan satu ujian, kita sudah mengeluh. Ingat bahawa setiap yang berlaku pastinya bersebab. Kita mohon kepada Allah supaya diberi kekuatan, namun Allah tidak memberi dengan kekuatan, Allah memberi dengan ujian agar kita dapat bersabar, dan dengan kesabaran timbullah kekuatan. Bangkitlah anak muda, ayuh pemimpin, laksanakan tanggungjawab dengan sejujurnya, dan amanahlah dengan tanggungjawab yang dipikul. Jika bukan kita negara Islam yang nak tegakkan syiar Islam, siapa lagi yang kita harapkan? Ingat sekali lagi bahawa kita dilahirkan bersebab. Maaf pemimpin, saya tidak sempurna. Jika hanya mengharapkan yang sempurna untuk menegur, sudah tentu tiada yang layak menegur kerana taiada manusia yang sempurna. Coretan ini ditujukan kepada semua. Jalankan amanah sebagai pemimpin. Jangan amalkan riba, jangan pecah amanah, jangan menindas, Insya Allah kami sebagai yang dipimpin akan cuba sedaya upaya memberi kerjasama bagi menaikkan nama Malaysia sebagai negara Islam yang terulung. Ayuh semua, bangunlah tegakkan syiar Islam. Yang berilmu, beramallah dan sampaikanlah kepada kami yang masih jahil akan ilmu agama. Saya tidak pandai agama, saya hanya tahu saya nak tegakkan syiar Islam, dan saya akan tegakkan syiar Islam.