
GGGE2153
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
KUMPULAN 4 
TAJUK :
PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH SUKAN NEGERI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU ANUM TUNKU ABDUL
RAHMAN ( TATAR )
DISEDIAKAN UNTUK : 
MEJAR MOHD 
JASMY BIN ABD RAHMAN
 DISEDIAKAN OLEH :
MOHAMAD FIRDAUS BIN MAT HANAFI       A142205
MUHAMMAD FITRI ZAAIM BIN AMRAN       A142585
MOHD SAIFUL BIN JOHARE                             A141436
FAIZ BIN MOHD BANDONG                              A142583
1.0  Pendahuluan
Pembangunan
peradaban  manusia pada zaman ini dicorakkan oleh revolusi maklumat dan
juga teknologi paling terkini iaitu teknologi maklumat  dan komunikasi (
ICT). Kini dunia semakin di serang dengan kemajuan gelombang ICT, auranya sudah
dapat di rasai di seluruh pelusuk dunia mencakupi sehingga ke peringkat
globalisasi. Dunia pendidikan juga turut terkena tempiasnya, dan penggunaan ICT
dalam pendidikan kini semakin hangat di perdebatkan.Dalam usaha merapatkan
jurang digital antara lokasi, guru dan pelajar, penggunaan ICT telah diperluaskan
bukan sahaja di sekolah, malahan di peringkat prasekolah.
Oleh
itu, pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang sesuai dengan minat dan kebolehan
pelajar  digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran melalui penekanan
penggunaan ICT. Penggunaan ICT dalam pendidikan juga haruslah difokuskan kepada
proses mengaplikasikan peralatan dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika dilihat daripada skop pengajaran
dan pembelajaran pula, Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Media
pengajaran dapat diklasifikasikan dengan merujuk kepada jenisnya.Ia dapat
digunakan dengan bantuan teknologi yang mudah atau dengan bantuan teknologi
yang canggih. Walau bagaimanapun keberkesanan pengajaran bukan semata-mata
bergantung kepada penggunaan multimedia.Malah mengikut seorang pengkaji, Clark,
R.E (1983), mengatakan bahawa media pengajaran hanya berfungsi sebagai untuk
menyampaikan pengajaran tetapi tidak dapat mempengaruhi secara langsung
pencapaian pelajar-pelajar. Mengikut Schramm W. (1977), mengatakan bahawa
pembelajaran lebih dipengaruhi oleh sesuatu kandungan dan strategi pengajaran
yang dirancang melalui sesuatu media dan bukannya dipengaruhi oleh media
tertentu sahaja.
Holmes
(1999), memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam P&P
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam
kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar.Mempelajari
bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru
menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi
teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung
dengan teknologi.
Manakala
Menurut Pisapa (1994), integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan
teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.
Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Guru perlu
mengintegrasi ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti P&P.
Ringkasnya peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang
baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
Apabila
merujuk kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas ICT
mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan
ICT tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan
tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu
tegaskan bahawa ICT yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan
Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau
disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran.
Antara
perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan
dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar.Keberkesanan Bahan Bantu
Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik
penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s
145).Oleh sebab itu, ICT dilihat sebagai salah satu komponen penting yang dapat
membantu meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran.  Berbagai-bagai
kaedah boleh di aplikasikan seperti melalui penggunaan powerpoint, filem,
multimedia interaktif dan sebagainya. Selain itu, (Abdul halim 2008) juga
pernah mengatakan bahawa  “Pelbagai perisian yang digunakan  mampu
menambah pengetahuan pelajar-pelajar, memberikan pengalaman bermakna,meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mempelajari bidang ilmu seperti Sains dan Matematik.
Masa
kini, pelajar sekolah lebih banyak menggunakan ICT hanya untuk melayari laman
sembang sosial sahaja seperti facebook, twitter, my space dan sebagainya. 
Fenomena seperti ini sudah menjadi trend dalam kalangan pelajar sekolah (Liaw
Huang & Chen 2007). Seharusnya minat pelajar ini harus dimanfaatkan sebaik
mungkin oleh para guru atau ibu bapa untuk mendidik palajar tersebut agar
menggunakan manfaat ICT  ke arah penggunaan yang betul dan seterusnya
memberikan impak positif kepada diri pelajar tersebut.
2.0 Objektif kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
•        
Mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT.
•        
 Mengenalpasti tahap penggunaan komputer
dalam kalangan pelajar.
•        
Mengkaji sejauh mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar.
•        
Menilai pemahaman dan pengetahuan ICT pelajar SMK TATAR.
3.0  Persoalan kajian
•                    
Sejauh manakah pengetahuan pelajar SMK TATAR tentang ICT?
•                    
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer?
•                    
Adakah pihak sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar?
•                    
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang ICT?
4.0  Metodologi kajian
4.1 Pensampelan 
Sampel
kajian merupakan pelajar Sekolah Sukan Negeri dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang terdiri daripada 30 orang pelajar. Cara
pemilihan sampel kajian adalah secara rawak iaitu terdiri daripada beberapa
atlet dalam bidang sukan yang diceburi masing-masing.
4.2 Instrumen kajian 
Instrumen kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah borang soal
selidik. Dalam borang soal selidik tersebut terdapat empat bahagian iaitu
bahagian A, bahagain B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A adalah mengenai
latar belakang responden, bahagian B mengetahui pengetahuan pelajar SMK TATAR
terhadap ICT, manakala bahagian C ialah mengetahui tahap pendedahan ICT di
sekolah kepada pelajar. Bahagian D pula adalah menilai tentang pengetahuan  ICT pelajar SMK TATAR.
4.2.1 Bahagian  A – ( Latar Belakang Responden )
Bahagian A bertujuan untuk memperoleh data demografi sampel kajian.
•        
Jantina
•        
Umur
•        
Kaum
•        
Bidang sukan yang diceburi
4.2.2 Bahagian B – (
Persepsi Pelajar SMK TATAR Terhadap ICT )
Bahagian B adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap ICT sama ada
mendapat respon yang positif atau negatif. Jawapan yang diberikan ialah Ya dan
Tidak.
•        
Adakah anda tahu tentang ICT?
•        
Adakah anda mempunyai facebook?
•        
Pernahkah anda mencari maklumat dengan mengunakan kemudahan ict ?
•        
Adakah anda merasakan kelas ict penting kepada seseorang pelajar?
•        
Pernahkah anda menggunakan youtube sebagai pembelajaran sukan yang
anda ceburi?
•        
Adakah kelas ICT memberi pengetahuan yang luas dalam bidang sukan
kepada anda?
•        
Adakah prestasi pelajaran pelajar meningkat apabila mengikuti kelas
ICT?
•        
Adakah kelas ICT membantu pelajar mengenali dunia luar?
4.2.3 Bahagian C – ( Tahap Pendedahan ICT Di
Sekolah Kepada Pelajar)
Bahagian C pula adalah untuk memantau sejauh manakah peranan sekolah
dalam memberi pendedahan ICT kepada pelajarnya.Jawapan yang diberikan ialah
Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak Setuju dan Sangat Tidak Setuju.
•        
Pelajar didedahkan tentang ICT di sekolah
•        
Program berkenaan ICT giat dijalankan di sekolah
•        
Pihak sekolah sangat menitikberatkan penggunaan ICT di kalangan
pelajar untuk mengakses maklumat
•        
Kelas ICT dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar dan guru sangat
menitikberatkan matapelajaran ICT
•        
Guru selalu memberi latihan tentang ICT
•        
Pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan
komputer
4.2.4 Bahagian D – ( Penilaian Terhadap Pengetahuan
ICT Pelajar SMK TATAR )
Bahagian D seterusnya adalah untuk menilai tahap sebenar pelajar
tentang pengetahuan ICT mereka.Jawapan yang diberikan adalah YA atau Tidak
sahaja.
•        
Betulkah dengan menggunakan movie maker untuk mengeditkan video yang
lebih animasi.
•        
Elemen untuk video adalah ,picture,audio,animasi.
•        
Pendriver adalah output bagi data yang ingin simpan
•        
Speaker adalah input bagi data.
•        
Motherboard adalah perisian komputer.
•        
Kaedah merekabentuk brochure sesebuah organisasi menggunakan format
Bullets.
•        
Kegunaan kekunci Print Screen pada papan kekunci bertujuan untuk
mematikan komputer.
5.0 Reka bentuk
kajian 
5.1 Kaedah Kuantitatif
Reka
bentuk kajian ialah dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian kuantitatif
merupakan satu kajian secara umumnya menggunakan analisis statistik, ia lebih
bersifat objektif dan berorientasikan kepada hasil. Merujuk kepada istilah
"kuantiti" membawa erti berapa banyak atau bilangannya.Kuantiti
merujuk kepada bilangan yang dinyatakan dengan tepat.
Penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan
ketepatan.Ia adalah berdasarkan kaedah penyelidikan inkuiri positif dimana
penyelidikan dilakukan melalui kajian eksperimental dan data numerika yang
dipungut dianalisis dengan ujian statistik. Melalui penyelidikan kuantitatif,
masalah kajian dinyatakan dalam bentuk hipotesis.
Kaedah ini mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah segala data
yang dikaji senang diurus kerana ia dapat dikategorikan dalam bentuk nombor. Kesimpulan
yang dibuat juga adalah lebih tepat dan mempunyai darjah penerimaan yang lebih
tinggi kerana ia dapat dibuktikan menggunakan kaedah pengiraan.
Dalam kajian ini, analisis kuantitatif diperolehi daripada hasil
pengumpulan borang soal selidik. Data yang diperolehi akan dikumpul, direkod,
dianalisis, dan disimpulkan. Data dianalisis dengan menggunakan kaedah faktor
analisis dan kaedah statistik asas.
| 
   
Objektif
  kajian 
 | 
  
   
Persoalan
  kajian 
 | 
  
   
Item
  soalan selidik/ temu bual 
 | 
  
   
Kaedah
  analisis data 
 | 
  
   
Dapatan
  kajian 
 | 
 
| 
   
Objektif
  1 
 | 
  
   
Persoalan
  kajian1 
 | 
  
   | 
  
   | 
  
   | 
 
| 
   
. 
Mengetahui
  pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT. 
 | 
  
   
Sejauh manakah
  pengetahuan pelajar SMK TATAR terhadap ICT? 
 | 
  
   
Bahagian B  
( soalan 1 - 8) 
 | 
  
   
SPSS 
 | 
  
   
Ya = 112 
Tidak = 128 
 | 
 
| 
   
Objektif
  2 
 | 
  
   
Persoalan
  Kajian 2 
 | 
  
   | 
  
   | 
  
   | 
 
| 
   
Mengenalpasti tahap penggunaan komputer dalam kalangan pelajar. 
 | 
  
   
Adakah pelajar SMK TATAR berpengetahuan tentang penggunaan komputer? 
 | 
  
   
Bahagian C ( soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
   
SPSS 
 | 
  
   
Sangat tidak
  setuju =  
Tidak setuju =  15 
Tidak pasti =  15 
Setuju = 113 
Sangat 
  setuju =  37 
 | 
 
| 
   
Objektif 3 
 | 
  
   
  Persoalan Kajian 3 
 | 
  
   | 
  
   | 
  
   | 
 
| 
   
Mengkaji sejauh
  mana tahap pendedahan ICT di sekolah kepada pelajar. 
 | 
  
   
Adakah pihak
  sekolah SMK TATAR memberi pendedahan ICT kepada pelajar? 
 | 
  
   
Bahagian D 
 ( soalan 1 – 6 ) 
 | 
  
   
SPSS 
 | 
  
   
 Ya = 104 
Tidak = 76 
 | 
 
6.0  Rumusan
| 
   
Elemen Dalam Model Saale 
 | 
  
   
Komponen 
 | 
  
   
Dapatan Kajian 
 | 
 
| 
   
Adaptasi persekitaran 
 | 
  
   
Sosioemosi – Sikap
  pelajar 
 | 
  
   
Sikap pelajar tentang penggunaan ICT adalah
  pelajar mempunyai persepsi bahawa ICT merupakan subjek yang penting pada masa
  kini dan pelajar tahu bahawa melalui penggunaan ICT kepada atlet secara
  langsung dapat meningkatkan mutu sukan para atlit tersebut. Pelajar mempunyai
  persepsi bahawa sesorang atlet mampu memperoleh banyak matlumat tentang
  sesuatu perkara yang berkaitan dengan sukan contohnya dalam aspek kecergasan,
  pemakanan atlit dan sebagainya. Pelajar juga berpendapat bahawa kekurangan
  pengetahuan tentang penggunaan ICT akan menyebabkan mereka seolah ketinggalan
  zaman kerana ICT merupakan salah satu platform yang penting dalam industry
  sukan pada masa kini.  Pelajar sangat
  bersetuju bahawa atlet yang berpengetahuan dalam ICT mampu membuka minda
  mereka untuk kepentingan masa depan karier mereka. Oleh itu, mereka sedar
  bahawa pentingnya pengajaran dan pembelajaran berkenaan dengan ICT di sekolah
  yang mampu memberi kelebihan dan manfaat kepada diri mereka seterusnya dapat
  membantu meningkatkan mutu sukan di Negara ini. Para pelajar juga
  mengharapkan agar pendedahan tentang ICT lebih giat dijalankan di sekolah
  agar semua atlit dapat memahirkan diri mereka untuk menguasai bidang ICT ini.
   
 | 
 
| 
   
Sosioemosi – Kemahiran sosial rakan sebaya 
 | 
  
   
Pelajar sangat bersetuju bahawa sebagai
  seorang atlet, mereka perlu mempunyai pengetahuan mengenai ICT juga. Walaupun
  begitu, pelajar tidak pasti sama ada rakan mereka pernah berkongsi maklumat
  mengenai ICT dengan mereka. Namun pelajar bersetuju bahawa mereka pernah
  membincangkan kegunaan ICT dalam sukan bersama dengan rakan dan daripada
  perbincangan tersebut, ada sesetengah pelajar yang mendapat input hasil
  daripada perbincangan dan ada juga yang tidak pasti samada mereka mendapat
  input atau tidak hasil daripada perbincangan bersama rakan tersebut.  
 | 
 |
| 
   
Sosioemosi – Kemahiran sosial di sekolah 
 | 
  
   
Pelajar mengetahui subjek ICT melalui guru
  kerana guru menekankan mengenai pembelajaran ICT dan guru ada menceritakan
  kepentingan ICT kepada pelajar semasa waktu pembelajaran dan pengajaran. Guru
  juga ada memberikan tugasan mengenai ICT dan pelajar mendapat input hasil
  daripada tugasan tersebut.  
 | 
 |
| 
   
Adaptasi Pengajaran 
 | 
  
   
Kandungan 
 | 
  
   
Pihak sekolah ada mendedahkan maklumat
  mengenai ICT kepada pelajar dan pihak sekolah juga ada mengetengahkan
  kepentingan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan kehidupan pelajar. 
 | 
 
| 
   
Media 
 | 
  
   
Pelajar tidak pasti sama ada subjek ICT
  penting untuk mencari ilmu berkenaan dengan sukan yang mereka ceburi. Namun
  begitu, pihak sekolah ada menampalkan/mempamerkan maklumat mengenai ICT dalam
  sukan di papan kenyataan sekolah bagi tujuan pelajar mendapat input yang
  lebih mengenai ICT dalam sukan. 
 | 
 |
| 
   
Adaptasi Penilaian 
 | 
  
   
Penilaian 
 | 
  
   
Pelajar terdedah kepada pengetahuan isu ICT
  kerana pihak sekolah mengadakan program yang berkaitan dengan ICT di sekolah
  dan program tersebut dapat menarik minat pelajar. Hasil daripada
  program-program yang diadakan oleh pihak sekolah tersebut, pelajar mendapat
  input yang berguna dan pelajar akan terus menyokong penuh terhadap setiap
  program yang diadakan  disekolah
  terutama sekali mengenai cara penggunaan ICT dengan betul. 
 | 
 
7.0 Rujukan
Abd
Razak bin Idris & Nurul ‘Aliyah binti Hassan. Literasi ICT Dalam Kalangan
Pelajar. 
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Baharom
Mohamad & Mohamad Johdi Salleh. 2009. Pembangunan Modal Insan Sebagai 
      Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks
Pembinaan Negara. Prosiding “Seminar 
      Pembangunan
Modal Insan 2009”. 
Johan
@ Eddy Luaran. Perkembangan, Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat 
      Dalam Pembelajaran dan Pengajaran di
Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti
      Teknolgi
Mara, Malaysia.
Marziana
Abdul Majid. 2013. Membudayakan Adab Dalam Penggunaan Internet Dalam
      Kalangan Pelajar. Proceeding Of The International Conference On Social Science
      Research.
Nurul
Farhana Binti Jumaat. 2010. ICT Dalam Kalangan
Anak-Anak Orang Asli Di
      Sekolah-Sekolah
Rendah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Nursalihah
Ahmad Raston, Zainudin Awang & Norhazreeni Hamzah. 2010. The Effects
      Of
Information Communication Technology (ICT). Journal
of Statistical Modeling 
      And Analytics. 
Norazah Mohd Nordin & Ngau Chai
Hong. 2009. Pembangunan dan Penilaian
Bahan 
         Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Web-Webquest Bagi Matapelajaran ICT.
            Jurnal
Pendidikan Malaysia.
Rosnaini
Mahmud, Mohd Arif Hj. Ismail & Jalalludin Ibrahim. 2011. Tahap Kemahiran 
Dan
Pengintegrasian ICT Dalam Kalangan Guru Bestari. Jurnal
Teknologi Pendidikan Malaysia. 
Syarifah
Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. 2011. Tahap Kesediaan Penggunaan 
ICT Dalam
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Pra
Sekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia.
Utusan Online. 2010.
12 Januari.